NOVEL UTK MEREKE YG SUKE NANGES.. lalalala~~~

It doesn’t take me so long to finish up a 350 pages of novel last night. ‘Cemburu Seorang Perempuan’ written by Siti Hazneza Abdul Hamid and produced by Creative Enterprise S/B on 2003. This novel was one of the earliest collections I had during campus life. First attraction of this novel was, the main woman role name’s was merely similar as mine. Just an apostrophe separate it all. Me, Dhiya. Her, Dhiya’. Hehe


Let me capture the synopsis for y’all


Tidak sulit beristeri dua, Dhiya’…. Kiranya yang kedua itu adalah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu… Isteri, di wajahmu ada syurga… yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu… namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita… aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana… selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku… suami yang seringkali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri… melamarmu menjadi isteri kedu adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal….


Owkeyh.. meh aku bagi preview cket..


Citer nie mengisahkan kehidupan Zikrullah yang telah bersahabat dengan Dhiya’ semenjak sekolah menengah lagi. Dhiya’.. seorang gadis yang terpelihara agamanya, kesopanannya dan dilengkapi dengan ilmu di dada. Ibu bapa Dhiya’, Lea dan Sufian, berjaya mendidik Dhiya’ membesar memnjadi seorang gadis yang sangat rendah diri dan seringkali mementingkan sesuatu hubungan, tak kire kekeluargaan mahupun persahabatan. Sejak Dhiya’ memahami erti perkahwinan, hari2 die berdoa agar Zik lah yang menjadik peneman hidupnya hingga hujung nyawa. Sungguhpun begitu, doa Dhiya’ akhirnya termakbul, mahupun Zik telah memilih Emilia sebagai suri hidupnya, apabila Emilia kehilangan keupayaan untuk mengandung akibat tiub fallopio nya perlu dibuang selepas memiliki kandungan eksotik, lalu Emi meminta Zik mengahwini Dhiya’ dan menjadikannya sebagai ibu tumpang. Di sinilah cabaran Dhiya’ bermula. Emilia seorang bekas model, manakala Dhiya’ hanyalah seorang pengusaha kedai bunga. Sikap diktator dan suka mendominasi Emi seringkali menyebabkan Zik serbe salah dan tidak berlaku adil ke atas Dhiya’. Mengikut perjanjian, persenyawaan akan melibatkan sperma dari Zik dan ovum dari Emi lalu ditempatkan ke dalam rahim Dhiya’.


Naluri perempuan… Dhiya’ juga ingin memiliki zuriat sendiri bersama Zik. Namun disimpankan saja niatnya itu. Pada malam perkahwinan Zik dan Dhiya’, Zik melontarkan soalan “Kenapa kau nak kahwin dengan aku? Secara peribadi…”. Dengan tenang Dhiya’ menjawab “Kalau hari-hari kau berdoa pada Allah supaya kau dapat pisang… tiba-tiba ada orang bawa lepat pada kau. Lepat pisang. Kau terima tak?”. “Tentulah aku terima sebab yang penting ialah pisang walau dalam apa-apa bentuk sekalipun,” jawab Zik. “Ya.. begitulah aku Zik. Kaulah pisang yang datang dalam bentuk lepat pada aku,” terang Dhiya’. Mendalam sungguh maksudnye kan? Penulis membawe aku berfikir mengenainye.


Cerite berlanjutan mengenai warne-warni kehidupan mereka setiap hari. Sikap cemburu Emi kian tak terbendung lagi. Emi terlalu cemburukan Dhiya’. Selepas Dhiya’ melahirkan anak keempat Zik dan Emi, Emi bertindak luar kawalan setelah mengetahui Zik pergi berjumpa Dhiya’ secara curi2. Emi membawa Dhiya’ ke laluan trek hutan di Bukit Bendera. Tempat yang jauh dari hiruk pikuk manusia. Di sinilah Emi menghamburkan segale kebencian dan penghinaan kepada Dhiya’. Lebih teruk lagi, Emi sanggop menggunakan kekerasan untuk menggambarkan perasaannya ke atas Dhiya’. Batang tengkuk Dhiya’ diterjah dengan paip besi sehingga kotak suaranya pecah. Kedua2 belah tangan Dhiya’ dipukul sehingga lunyai. Betis Dhiya’ turut menjadik mangse bedilan paip besi oleh Emi. Dan yang paling teruk, Emi membakar muke dan keseluruhan rambut Dhiya’. Ya Allah, betape kuase cemburu itu boleh membunuh!


Tak cukup dengan itu, tatkala sampai di rumah, anak2 pulak menjadik sasaran Emi yang dah hilang kewarasan tuh. Anak sulung mereka, Eizlan, kakinye ditibai hingge tak berfungsi. Anak kedua, Esmeralda, perutnya ditoreh menggunakan pisau kecil dengan corak2 kuntuman ros kesukaan Es. Manakala Liz, anak ketiga mereka turut menerima nasib yang sama, ditorehnya perut budak tu oleh Emi yang menggila hingga terburai isi perutnye. Dan yang terakhir, Eyad yang masih bayi. Kepalanya dihantukkan ke lantai hingga putus nafas bayi tuh. MasyaAllah. Hanye Tuhan saje yang tau betape ngerinye kejadian ni. Sanggup Emi buat sume nih kat zuriat die sendiri. Hanye Eizlan dan Es dapat diselamatkan. Huu. Memang giler!


Kesudahannya, Emi didapati membunuh diri di dalam wad saket jiwe. Dhiya’ menjalani beberape pembedahan untuk muke, tangan dan kakinye. Anggota keluarge Zik dan Dhiya’ turut bertambah selepas kejadian itam tuh. And they lived happily ever after…..


Sekian, review dari kakinovel nih.. hee^^


No comments: