LUAHAN HATI SEORANG IBU


Mak kate, sedikit sebanyak, die terase bile anak die terkene begitu..
Mak x rac0n aku utk putuskan persahabatan, cume die cakap…

 


 
Dan aku tertunduk tanpe kate. Hanye linangan air mate yang menghiasi wajah. It's hard to please everybody. Cume kite selalu lupe, yang perlu kite puaskan hati, yang pertame-tame sekali.. adelah ALLAH J

Hikmah Di Sebalik Kejadian~


Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat. Marilah sama-sama kita memberi perhatian serius terhadap pemilihan sahabat. 

Carilah teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.


“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis riwayat al-Hakim).


Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, mereka dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri sebagai seorang manusia normal. 

Itulah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.” 

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada sahabat yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka duka bersama kita dan tidak kurang juga sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja. 

Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang. Justeru, jika salah pilih sahabat pasti kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud). 

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan  kamu. 
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 


Berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menjahanamkan kita. Berhati-hatilah atau tinggalkan saja sahabat seperti di bawah:

  • Sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri. 
  • Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup. 
  • Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah. Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu. 
  • Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya.



hidOp dalam kenangan...~


Mungkin ye… Mungkin aku ini orangnye begituh.. Yang senantiasa mengangkat kenangan sebagai daily dose yang tak mungkin aku dilupekan.. Hilang pakwe, I took alm0st 4 years to recover.. (fully recovered kah?? Hmm, not really).. Hilang bff, agak2 berape taOn baru nak ok ye? Mari kite kire same2.. Hilang pakwe yang dah kapel utk 5 taOn aku perlukan 4 taOn untuk pulih.. Hilang bff yang aku dah kawan untuk 13 taOn, dalam…. Hmmmm, 10 taOn!! MasyaAllah.. Sebegitu lame kah aku perlu tunggu untOk pulih sepen0hnye?? T___T’

Hanye Allah saje yang tahu.. Dia perancang terbaek.. Dia jugak tawu yang terbaek untuk aku.. Aku dah buat perjanjian dengan Dia.. Aku bernazar.. Tapi tak sempat aku nak tunaikan nazar tuh, Dia dah sediakan takdir ini untuk aku.. Aku redha.. Andai keputusanNya ini memang yang terbaek untukku.. Untuk kami.. Bia hilang kawan.. Asal jangan hilang pegangan..

Ade mase, aku kuat.. Mampu nak hadapi hari2 mendatang dengan tenang.. Dengan cekal.. Dengan cool... Tapi, aku jugak manusie biase.. Yang ade hati dan perasaan.. Ade mase aku lemah selemah2nye.. Ade mase aku curik2 nanges bile teringatkan takdir kami.. Ade mase mate aku berpasir bile flip tru album jalan2 kami.. Ade mase xde sesiape yang tawu sehebat mane dugaan atas pundak aku nih, sampaikan aku rase tercekik sangat2.. Ade mase, aku sekse diri dengan memuntahkan balek makanan.. Ade mase, aku tersedu sedan dalam kete sepanjang perjalanan balek dari opis… Banyak dah mase2 tuh :’(

Sekarang nih,  aku serahkan saje segalenye pade Allah.. Kuat pegangan aku padeNye, kuat jugelah hubungan aku denganNye. Hanye Dia yang x penah mengecewekan aku. Seringkali Dia meminjamkan kebahagiaan kepadeku. Cume aku yang acapkali lupe yang semue itu hanyelah pinjaman dunie. Yang tak menjamin kesejahteraan di akhirat. MasyaAllah.. Betape kasehnye Dia pade hambeNye yang sorang nih.. Sampai sehebat2 dugaan diturunkan padeku. Biarkanlah. Biarkan aku diduge sebegini andai satu mase nanti kebahagiaan yang menanti. Aku redhakan ape yang terjadik, andai ini yang terbaek untuk kami. Aku relekan pemergian seorang sahabat, andai ini adelah takdir terbaek aku dan die.

Menitis lagi.. untuk kesekian kalinye… :’(



BFF baru...~



Sejak dari harituh, BFF terbaru ku adelah tafsir al-quran dan air mate. Entah kenape, tiap kali solat, tiap kali nak tdo. Pasti akan berendam dengan air mate. Hati yang saket tak siape yang tawu. Bile ade yang concern, aku sampai speechless pasal xtawu cane nak mengadu. Dorang xde kat tempat aku. Dorang tak rase ape yang aku rase. Oleh yang demikian, dorang tak feel dengan cerite yang bakal dorang dengar. Untuk itu, aku lagi selese senyap. Pendam sorang2. Nangis sorang2. Mengadu hanye pade Yang Satu. Biarlah tak siape yang tawu perkare sebenar. Perkare yang bakal aku simpan sampai mati.

Sekarang nih, banyak termenong, banyak berkhayal. Memikirkan yang ‘kalau2’ saje. Kalau lah sume ni tak penah jadik. Kalau lah bukan aku yang kene sume nih. Kalau lah ‘kami’ tak pernah wujud. Tapi aku tawu, itu seolah-olah menyalahkan Allah. Menidakkan takdir. Apekan daye, hanye itu yang aku mampu buat. Ternyate doa aku dah termakbul. Ternyate Allah berikan yang terbaek untuk aku. Dah tu, kenape aku perlu tangisinye lagi? Padehal, aku yang mintak sume nih? Ni lah die manusie tak bersyukur. Tak penah nak berterime kaseh. Tak penah kenal erti puas. MasyaAllah T___T’

Hari-hari yang aku lalui sekarang kelihatan hambar. Cube untuk mem-bzkan diri. GAGAL. Cube untuk membawe diri jaoh2. GAGAL. Cube untuk bergaol dengan orang ramai. SANGAT GAGAL. Maken aku cube buat, maken hati ni saket. Aku tak boleh jadik plastik! Aku bukan hipokrit. Kalau aku kate aku sedeyh, maknenye aku betol2 sedeyh. Dan takde sape leh pujuk atau ringankan beban nih. Bukan aku xnak carik tempat mengadu, tapi aku tak selese. Pasal sume bende yang aku rase sekarang ni adelah antare aku dengan Allah.

Ade yang cakap aku bodoh, pasal asek memikirkan hal die. Padehal, die bukan kesah pasal aku p0n. Malahan die tengah bahagie sangat sekarang. Dan tak peduli langs0ng pasal hal aku. Bodoh? Memang aku bodoh! Menyekse diri sendiri untuk manusie yang x amek berat p0n pasal hati aku. Memang aku bodoh! Pasal aku x reti2 nak move on lepas ape yang dah jadik. Memang aku bodoh! Pasal aku x sekuat yang diharapkan. Memang aku bodoh! Pasal aku mengganggap bende remeh ni satu hal yang sangat besar dalam id0p aku!

Subhanallah~