FESTIVAL NASID MAKUM '08 + LAWATAN PELAJAR JEPUN KE UTM

sedutan keputusan Festival Nasyid MAKUM '08....

JOHOR BAHRU, 4 DIS- Kumpulan nasyid Nahwan Nur yang mewakili Universiti Putra Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan Festival Nasyid Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (Makum) 2008 di Plaza Angsana di sini semalam. Kejayaan kumpulan yang mendendangkan lagu Bicara Bonda ciptaan Wan Mohd. Salehuddin Wan Mohd. Hassan itu membolehkan mereka membawa hadiah wang tunai RM2,000 dan piala. Kejayaan itu lebih bermakna apabila Nahwan Nur turut memenangi Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Penyanyi Solo Terbaik dan Anugerah Iringan Terbaik sekali gus menambah jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM600. Kumpulan Firasat Inzar yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula dinobat sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai RM1,500 manakala Embasheer daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai bernilai RM1,000. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor, Abdul Hamid Muhammad. Bagi ketua kumpulan Nahwan Nur, Mohd. Afiq Masri, mereka bersyukur dengan kemenangan itu walaupun terpaksa berdepan dengan persaingan sengit daripada universiti lain. Menurutnya, kunci kejayaan kumpulan itu adalah kerjasama berpasukan yang erat selain giat berlatih selama lapan jam sehari sejak tiga minggu lalu. "Kejayaan ini berjaya membalas segala penat lelah kami dan bangga dapat menaikkan nama UPM dalam industri nasyid tanah air," katanya. Festival kali kedua yang dianjurkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Makum itu disertai 15 institusi pengajian tinggi awam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


namun begitu, paparan gambar hanyalah watak picisan semate2... kerane, kami [kumpulan gamelan UTM] merupekan artis jemputan bagi persembahan selingan dan membantu mane yang patot.. hehe^^ [harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerane nak save batt {hence, flash cannot be used to get a sharp photo} kui3]








====================================================================


LAWATAN PELAJAR JEPUN KE UTM SKUDAI


**maleh nak komen pape.. hehe.. tgk je la gamba.. hahaha


3 comments:

Aishah Hashim said...

ohaiyou minna san.. ewahhh..
bestnyerrrr wooooo!!! best best!!
eden rindu mahu memakai baju yg ijo ijo itu seyhhh.. kalo ade function gamelan ke kl atau brdekatan dengan kl, sile-silelah jemput.. ihikkksss!!!~

DR said...

hehe.. insyaAllah.. ala, akak da leh retired ar.. da kawen, ade anak da lagi.. huhu.. akak tgk jek kitorg maen.. hee

kalo dya kawen nnt, akan maen k? hahaha.. ntah bile la plak kan

Aishah Hashim said...

no prob dhiya.. ala dekat jer pun kan rumah dhiya tu ngan serendah.. just tell me when, i'll be right away.. moge cepat-cepat sampai jodohnye yer dhiya.. aminnn..